More craft/handmade link, and tutorial..please come to my new blog >>>click here
'Make it yourself'
welcome to pinotestyle!this blog special for all craft maker..hope u love it!i'm so sory if my blog nampak serabai,he2 (in construction). more information please email pinotestyle : pinotestyle@gmail.com
mesti u'all suka buat bag kan?so, pinote upload tutorial 'tote bag' yang simple sangat. Didalam tutorial ini , ada cara2 menjahit + gambar ukuran. buat2 jugak tau, jangan lupa bagi free kat pinote tau..hu3. gunakan material kain yang keras atau cotton. lagi cantik kalau bercorak bunga abstrak dan stripes..selamat mencuba..
bag bunny nie sangat2 cute! sape2 yang boleh buat bag nie, bagaitau ye..saya beli!hu2.teringin juga saya nak buat, but my sister guna mesin jahit untuk buat langsir baru sempena nak raya nie.xboleh la nak jahit...tapi u'all jangan risau, pinotestyle sudah upload tutorial beg bunny ini daripada duringquiettime anda cuma download PDF dibawah..anda mesti download kedua-dua pdf dibawah, 1 untuk cara-cara membuat bag (direction) dan 1 lagi adalah ukuran bag (pattern).cute ni tau kalau budak2 pakai. good luck!
hari tu, saya memberi link tutorial untuk membuat klip rambut dengan menggunakan ribbon. kali ini saya akan memberi link cara-cara membuat klip rambut yang cute dengan menggunakan material 'felt'. tentu menarik sekiranya anda menambah kreativiti aksesori anda sendiri diatas klip yang telah dibalut dengan material felt. selamat mencuba....wink2
hari ni kita belajar jenis-jenis klip rambut pula ye? sebenarnya kalau di Malaysia susah sikit nak dapatkan bekalan klip rambut yang murah lagi bergaya. sebab itu kebanyakan blog2 handmade di sini membeli barang bekalan, material dan sebagainya di laman web luar negara dan ebay(hot & spicy) sebab barang-barang sana lagi cantik dan berkualiti. kebanyakan blog membuat klip rambut+ribbon dengan menggunakan klip aligator kerana mudah dibentuk. Manakala dengan material felt+ klip rambut yang biasa.
KNITs BOOTIES TUTORIAL
Tidak ramai orang tahu cara-cara mengait. Tetapi tutorial ini dapat membantu mereka yang berminat untuk belajar mengait atau ingin mencuba mengait booties. Mana tahu anda boleh mendapat income daripada mengait booties??knit booties tutorial ini adalah diambil daripada laman web saartjeknits.
Nak tau cara-cara membuat bag? anda tiada pengalaman atau asas jahitan atau bahan metarial yang perlu digunakan. Jangan risau....anda boleh melihat dan mempelajarinya di website thepurlbee mengenai cara-cara/tutoril membuat jaipur tote bag. Simple je tau....ini adalah contoh gambar didalam website thepurlbee
Anda juga mudah untuk mendapatkan fabrik secara online untuk membuat tote bag seperti di Ticacrarftshoppe atau madebyja yang menjual fabrik contton. Di Ticacraftshoppe juga ada menjual fabrik felt dan hard fabric ,urm..jom tengok?! Lihat contoh-contoh fabrik yang mereka ada...
Inginkan majalah handmade koleksi peribadi? anda boleh melihat website yoonies aka studioshoppe. macam-macam majalah handmade yang dijual seperti membuat bag dan selipar. Fabrik dan butang (button) yang dijual juga menarik.
Bukan senang untuk mencari fabric felt 100% wool tau? tetapi internet kan ada...hehe. Macam-macam website dekat luar negara yang menjual produk felt ini di melalui internet terutamanya di US dan Australia. Anda juga kena lihat website manakah yang menjual secara internasional, kalau mereka hanya membuat penghantaran di sekitar US sahaja tak boleh la kita beli. So, kena cari yang betul-betul ada membuat penghantaran ke Malaysia. Orang luar negara kedai sebelah rumah pun ada jual fabrik felt, di Malaysia susah sikit nak jumpa, kalau ada pun mungkin fabric campuran atau fabrik kitaran semula dan sesuai untuk membuat kraf sahaja seperti pin, bookmark dan lain-lain lagi. Sesiapa yang berminat hendak membeli secara online di luar negara boleh melayari website stores.americancraftandfelt.com dan Felt-o-rama
hei! jom tengok Craftzone yang menghimpunkan pelbagai kedai-kedai craft online. Macam-macam ada tau. Di blog Yana craft ada pencil case dan poach, yang menariknya anda boleh order design dan warna. Yana craft menghasilkan produknya daripada sejenis kain 'felt'. Ada pelbagai jenis kain felt yang akan saya beritahu kelak.yee...canteknye pencil case ni!
Babypinkcraft juga menghasilkan produknya seperti hair clip,magnet mania dan bookmark. sangat-sangat comel dan harga pun boleh tahan tau. Beliau menggunakan kain felt dan turut menjual kain felt, yang bercorak pun ada tau..pada sesiapa yang nak cuba 'bercraft' boleh la membeli di laman web babypinkcraft. Feveret saya dalam kedai babypinkcraft ini ialah....tadaaaa....zirafffeee...kawai!
hye, welcome to pinotestyle home! anda akan mengetahui pelbagai info/blog/pembekal mengenai kraf tangan (handmade craft), hiasan dan lain-lain lagi. Blog ini khas kepada anda yang berminat dengan kraf dan seni! Inspirasi ini timbul kerana rakyat Malaysia kurang membuat hasil seni sendiri berbanding dengan budaya negara lain seperti Australia, US, dan Japan....look, read, and tranfer to your hands!