d

PERBEZAAN ACRYLIC FELT,ECO FELT,WOOL BLEND AND WOOL



Anda mungkin sudah tahu dan mungkin ramai lagi yang belum tahu tentang perbezaan fabrik felt. Wool felt adalah diperbuat daripada 100% bulu kambing biri-biri dan semestinya mahal dan sukar untuk didapati di Negara Malaysia ini. Almaklumlah, negara kita ni kambing je yang banyak. Eco-fi pula adalah daripada kitaran semula daripada botol, dengar macam best sebab boleh dikitar semula menjadi bahan kraf tangan tetapi bahan/kain jenis ini adalah mudah terbakar berbanding fabrik felt yang lain. Wool blend campuran bulu kambing biri-biri dengan bahan yang lain seperti 'rayon', kualitinya mengikut peratusan bahan yang dicampurkan. Kadangkala hanya 30% sahaja bulu kambing biri-biri. Arcylic felt sering digunakan oleh pengguna kerana harganya lagi murah dan warna-warnanya lebih menarik! Gambar dan info ini diambil daripada website americanfeltandcraf dan sila layari untuk mendapatkan pelbagai info2 lain yang anda perlu tahu..

Perbezaan daripada segi jahitan

Wool felt 100% sangat mahal berbanding dengan jenis kain yang lain. Sangat sesuai untuk membuat booties dan baju. Disebabkan jahitan pada fabrik yang kemas dan tidak mudah terbakar. Jangan u-all buat baju daripada acrylic dan eco-fi pula, macam robot nnti tau dan senang tertetas. Ada lagi gambar-gambar menarik di americanfeltandcraf !

0 comments:

Post a Comment