d

Nak tau cara-cara membuat bag? anda tiada pengalaman atau asas jahitan atau bahan metarial yang perlu digunakan. Jangan risau....anda boleh melihat dan mempelajarinya di website thepurlbee mengenai cara-cara/tutoril membuat jaipur tote bag. Simple je tau....ini adalah contoh gambar didalam website thepurlbee


Anda juga mudah untuk mendapatkan fabrik secara online untuk membuat tote bag seperti di Ticacrarftshoppe atau madebyja yang menjual fabrik contton. Di Ticacraftshoppe juga ada menjual fabrik felt dan hard fabric ,urm..jom tengok?! Lihat contoh-contoh fabrik yang mereka ada...



Inginkan majalah handmade koleksi peribadi? anda boleh melihat website yoonies aka studioshoppe. macam-macam majalah handmade yang dijual seperti membuat bag dan selipar. Fabrik dan butang (button) yang dijual juga menarik.


CUTEIS MEUTIS, INSPIRATION FOR ALL KIPAS SUSAH MATI FELT!

Arrgggh..saya terjumpa website yang sangat gempak dan mungkin menjadi inspirasi kepada kipas susah mati felt...sangat kreatif dan kemas+comel...jom tengok!! MyPaperCrane !! Amaran : jangan hempas laptop/pc sekirananya anda tidak dapat membuat kasut roda dan helikopter seperti didalam mypapercrane.



Bukan senang untuk mencari fabric felt 100% wool tau? tetapi internet kan ada...hehe. Macam-macam website dekat luar negara yang menjual produk felt ini di melalui internet terutamanya di US dan Australia. Anda juga kena lihat website manakah yang menjual secara internasional, kalau mereka hanya membuat penghantaran di sekitar US sahaja tak boleh la kita beli. So, kena cari yang betul-betul ada membuat penghantaran ke Malaysia. Orang luar negara kedai sebelah rumah pun ada jual fabrik felt, di Malaysia susah sikit nak jumpa, kalau ada pun mungkin fabric campuran atau fabrik kitaran semula dan sesuai untuk membuat kraf sahaja seperti pin, bookmark dan lain-lain lagi. Sesiapa yang berminat hendak membeli secara online di luar negara boleh melayari website stores.americancraftandfelt.com dan Felt-o-rama




PERBEZAAN ACRYLIC FELT,ECO FELT,WOOL BLEND AND WOOL



Anda mungkin sudah tahu dan mungkin ramai lagi yang belum tahu tentang perbezaan fabrik felt. Wool felt adalah diperbuat daripada 100% bulu kambing biri-biri dan semestinya mahal dan sukar untuk didapati di Negara Malaysia ini. Almaklumlah, negara kita ni kambing je yang banyak. Eco-fi pula adalah daripada kitaran semula daripada botol, dengar macam best sebab boleh dikitar semula menjadi bahan kraf tangan tetapi bahan/kain jenis ini adalah mudah terbakar berbanding fabrik felt yang lain. Wool blend campuran bulu kambing biri-biri dengan bahan yang lain seperti 'rayon', kualitinya mengikut peratusan bahan yang dicampurkan. Kadangkala hanya 30% sahaja bulu kambing biri-biri. Arcylic felt sering digunakan oleh pengguna kerana harganya lagi murah dan warna-warnanya lebih menarik! Gambar dan info ini diambil daripada website americanfeltandcraf dan sila layari untuk mendapatkan pelbagai info2 lain yang anda perlu tahu..

Perbezaan daripada segi jahitan

Wool felt 100% sangat mahal berbanding dengan jenis kain yang lain. Sangat sesuai untuk membuat booties dan baju. Disebabkan jahitan pada fabrik yang kemas dan tidak mudah terbakar. Jangan u-all buat baju daripada acrylic dan eco-fi pula, macam robot nnti tau dan senang tertetas. Ada lagi gambar-gambar menarik di americanfeltandcraf !

hei! jom tengok Craftzone yang menghimpunkan pelbagai kedai-kedai craft online. Macam-macam ada tau. Di blog Yana craft ada pencil case dan poach, yang menariknya anda boleh order design dan warna. Yana craft menghasilkan produknya daripada sejenis kain 'felt'. Ada pelbagai jenis kain felt yang akan saya beritahu kelak.yee...canteknye pencil case ni!


Babypinkcraft juga menghasilkan produknya seperti hair clip,magnet mania dan bookmark. sangat-sangat comel dan harga pun boleh tahan tau. Beliau menggunakan kain felt dan turut menjual kain felt, yang bercorak pun ada tau..pada sesiapa yang nak cuba 'bercraft' boleh la membeli di laman web babypinkcraft. Feveret saya dalam kedai babypinkcraft ini ialah....tadaaaa....zirafffeee...kawai!



ada lagi hair clip cupcakes...yum3



hye, welcome to pinotestyle home! anda akan mengetahui pelbagai info/blog/pembekal mengenai kraf tangan (handmade craft), hiasan dan lain-lain lagi. Blog ini khas kepada anda yang berminat dengan kraf dan seni! Inspirasi ini timbul kerana rakyat Malaysia kurang membuat hasil seni sendiri berbanding dengan budaya negara lain seperti Australia, US, dan Japan....look, read, and tranfer to your hands!